Anakanda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

NamaTarikh KeputeraanTempat KeputeraanTarikh KemangkatanTempat KemangkatanPelajaranTarikh BerkahwinPasangan DirajaCucundaCicinda
YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah(1990-07-24)24 Julai 1990Tiada maklumat24 Julai 1990(1990-07-24) (umur 0)Tiada maklumat
KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 24)Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanTiada maklumatGeneva School of Diplomacy and International Relations, Switzerland
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (1997-08-03) 3 Ogos 1997 (umur 22)Tiada maklumatRoyal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 19)Tiada maklumatRoyal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 19)Tiada maklumatRoyal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah (2002-04-27) 27 April 2002 (umur 17)Tiada maklumatKuala Lumpur International School, Kuala Lumpur

Di awal perkahwinan Baginda, baginda telah diuji apabila Tuanku Tengku Ampuan Pahang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran. Namun, Tuanku Tengku Ampuan Pahang berusaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil. Hal ini telah memberikan inspirasi kepada Tuanku Tengku Ampuan Pahang untuk mengasaskan TAFF untuk membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan untuk menjalankan rawatan tersebut. TAFF mula dibangunkan pada Mac 2005 dan telah terbukti berjaya membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan cahaya mata. TAFF juga merupakan satu-satunya yayasan fertiliti di Malaysia yang membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata.

KDYMM Tengku Ampuan Pahang memgambil seorang anak angkat lelaki yang juga merupakan sepupu kepada suaminya, Tengku Abdullah, iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, pada tahun 1987. Baginda diputerakan pada (1986-08-25) 25 Ogos 1986 (umur 33) dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. Tengku Amir telah melangsungkan perkahwinannya bersama YM Puteri Suraiya Afzan yang juga merupakan cucunda Sultan Ahmad Shah.[7]